topbella

Saturday 10 December 2011

Khusyuk solat


1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.

2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan solat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.

3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.

4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya. 

5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi(Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu. 

6. Rasa Malu (Haya') perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.
7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.

8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.

9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.

10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.

11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.

12. Mengambil wuduk dengan sempurna.

13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga mata ditumpukan kepada tempat sujud.

14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.

15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.





Perkara makruh dalam solat


  1. Berpaling ke kiri atau ke kanan (kecuali ketika Salam).
  2. Memandang ke atas (mendongak).
  3. Berdiri menggunakan sebelah kaki sahaja.
  4. Berludah ke hadapan atau ke belah kanan.
  5. Berlebih-lebihan membongkok dan menundukkan kepala ketika rukuk.
  6. Bercekak pinggang.
  7. Menyinsingkan kain atau baju.
  8. Bersembahyang ketika hadir makanan (makanan dihidangkan).
  9. Bersembahyang ketika berasa hendak qadha' hajat (membuang air).
  10. Ada juga yang mengatakan adalalah makruh ketika solat sambil menutup mata.

Rukun solat


Rukun solat ada 13 perkara iaitu:
  1. Berdiri bagi yang mampu.
  2. Niat.
  3. Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama).
  4. Membaca surah Al-Fatihah. 
  5. Rukuk dengan tama'ninah .
  6. Iktidal dengan tama'ninah.
  7. Sujud dengan tama'ninah. 
  8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah. 
  9. Duduk Tahiyyad akhir. 
  10. Membaca bacaan Tahiyyad Akhir. 
  11. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tahiyyad Akhir. 
  12. Mengucapkan salam yang pertama.
  13. Tertib
tama'ninah = berhenti seketika (sekadar menyebut subhanallah)


Perkara yang membatalkan solat


  1. Keluar/kedatangan hadas besar atau kecil.
  2. Berkata-kata dengan sengaja walau sedikit yang memberi faham, atau ketawa.
  3. Makan/minum dengan sengaja membatalkan solat.
  4. Melakukan pergerakan di luar rukun solat tiga kali berturut-turut(mutawaliyat).
  5. Berniat keluar dari solat (mufaraqah).
  6. Terkena najis yang tidak dimaafkan pada badan, pakaian dan tempat solat.
  7. Beralih arah dari kiblat dengan sengaja (berpaling dada).
  8. Terbuka aurat dengan sengaja, atau tidak sengaja tetapi tidak segera ditutup.
  9. Berubah niat dari satu solat ke solat yang lain.
  10. Meninggalkan rukun solat.
  11. Murtad

Syarat sah solat

Syarat sah solat adalah syarat yang menentukan kesahihan sesuatu solat atau dengan kata lain kesahihan sesuatu solat bergantung kepadanya.




Syarat sah solat adalah seperti berikut:
1. Menutup aurat. Bagi lelaki, aurat ialah antara pusat dengan lutut. Aurat wanita pula adalah seluruh badan, kecuali muka dan telapak tangan. Menutup aurat boleh dengan apa saja asalkan suci dan tidak tembus pandang.
2. Menghadap ke arah kiblat, iaitu Kaabah di Makkah.
3. Harus mengetahui dengan yakin sudah berada dalam waktu solat yang hendak dikerjakan
4. Yakin bahawa badan, pakaian dan tempat solat adalah suci daripada najis.
5. Suci daripada hadas besar dan hadas kecil.

Syarat wajib solat

Syarat wajib ialah sesuatu yang bergantung kepadanya ketentuan wajib atau tidaknya sembahyang ke atas seseorang.
Syarat-syarat wajib dalam sembahyang adalah seperti berikut:

1. Beragama islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Suci daripada haid dan nifaz
5. Selamat salah satu anggota deria sama ada pendengaran atau penglihatan. Sembahyang tidak wajib ke atas orang yang dilahirkan buta atau pekak.
6. Sampai seruan agama islam. Sembahyang tidak wajib kepada mereka yang tinggal terpencil dan tidak pernah berjumpa dengan pendakwah Islam.

Perkara yang membatalkan wuduk


assalamualaikum wbt. dan ribuan terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya.

-aslina sidid
View my complete profile