topbella

Saturday, 10 December 2011

Khusyuk solat


1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.

2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan solat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.

3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.

4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya. 

5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi(Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu. 

6. Rasa Malu (Haya') perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.
7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.

8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.

9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.

10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.

11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.

12. Mengambil wuduk dengan sempurna.

13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga mata ditumpukan kepada tempat sujud.

14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.

15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.





Perkara makruh dalam solat


  1. Berpaling ke kiri atau ke kanan (kecuali ketika Salam).
  2. Memandang ke atas (mendongak).
  3. Berdiri menggunakan sebelah kaki sahaja.
  4. Berludah ke hadapan atau ke belah kanan.
  5. Berlebih-lebihan membongkok dan menundukkan kepala ketika rukuk.
  6. Bercekak pinggang.
  7. Menyinsingkan kain atau baju.
  8. Bersembahyang ketika hadir makanan (makanan dihidangkan).
  9. Bersembahyang ketika berasa hendak qadha' hajat (membuang air).
  10. Ada juga yang mengatakan adalalah makruh ketika solat sambil menutup mata.

Rukun solat


Rukun solat ada 13 perkara iaitu:
  1. Berdiri bagi yang mampu.
  2. Niat.
  3. Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama).
  4. Membaca surah Al-Fatihah. 
  5. Rukuk dengan tama'ninah .
  6. Iktidal dengan tama'ninah.
  7. Sujud dengan tama'ninah. 
  8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah. 
  9. Duduk Tahiyyad akhir. 
  10. Membaca bacaan Tahiyyad Akhir. 
  11. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tahiyyad Akhir. 
  12. Mengucapkan salam yang pertama.
  13. Tertib
tama'ninah = berhenti seketika (sekadar menyebut subhanallah)


Perkara yang membatalkan solat


  1. Keluar/kedatangan hadas besar atau kecil.
  2. Berkata-kata dengan sengaja walau sedikit yang memberi faham, atau ketawa.
  3. Makan/minum dengan sengaja membatalkan solat.
  4. Melakukan pergerakan di luar rukun solat tiga kali berturut-turut(mutawaliyat).
  5. Berniat keluar dari solat (mufaraqah).
  6. Terkena najis yang tidak dimaafkan pada badan, pakaian dan tempat solat.
  7. Beralih arah dari kiblat dengan sengaja (berpaling dada).
  8. Terbuka aurat dengan sengaja, atau tidak sengaja tetapi tidak segera ditutup.
  9. Berubah niat dari satu solat ke solat yang lain.
  10. Meninggalkan rukun solat.
  11. Murtad

Syarat sah solat

Syarat sah solat adalah syarat yang menentukan kesahihan sesuatu solat atau dengan kata lain kesahihan sesuatu solat bergantung kepadanya.




Syarat sah solat adalah seperti berikut:
1. Menutup aurat. Bagi lelaki, aurat ialah antara pusat dengan lutut. Aurat wanita pula adalah seluruh badan, kecuali muka dan telapak tangan. Menutup aurat boleh dengan apa saja asalkan suci dan tidak tembus pandang.
2. Menghadap ke arah kiblat, iaitu Kaabah di Makkah.
3. Harus mengetahui dengan yakin sudah berada dalam waktu solat yang hendak dikerjakan
4. Yakin bahawa badan, pakaian dan tempat solat adalah suci daripada najis.
5. Suci daripada hadas besar dan hadas kecil.

Syarat wajib solat

Syarat wajib ialah sesuatu yang bergantung kepadanya ketentuan wajib atau tidaknya sembahyang ke atas seseorang.
Syarat-syarat wajib dalam sembahyang adalah seperti berikut:

1. Beragama islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Suci daripada haid dan nifaz
5. Selamat salah satu anggota deria sama ada pendengaran atau penglihatan. Sembahyang tidak wajib ke atas orang yang dilahirkan buta atau pekak.
6. Sampai seruan agama islam. Sembahyang tidak wajib kepada mereka yang tinggal terpencil dan tidak pernah berjumpa dengan pendakwah Islam.

Perkara yang membatalkan wuduk


Berwudhuk yang lebih sempurna

Antara cara untuk berwuduk yang lebih sempurna dalam aspek lahiriah dan ganjaran adalah seperti berikut:

1. Mulakan dengan Bismillaahirrahmaanirrahiim
2. Menghadap kearah kiblat
3. Usahakan berwudhu' dengan tidak meminta bantuan orang lain, seperti menimba, dan sebagainya.
4. Basuhlah jari-jari tangan dengan menyelat-nyelatinya. Dan bagi jari yang bercincin, jam atau perhiasan yang dipakai di jari-jari lainnya, bukalah perhiasan tersebut agar air dapat merata membasahi seluruh jari-jari.
5. Berkumur-kumur.
6. Masukkanlah air ke dalam hidung, lalu keluarkanlah kembali (istinsyaq).
7. Gosoklah gigi untuk menghilangkan sisa makanan dan bau mulut yang kurang sedap.
8. Mulailah dengan anggota wudhuk yang sebelah kanan.
9. Ulangilah masing-masing sampai tiga kali (3X).
10. Ratakanlah air hingga membasahi seluruh anggota wudhuk
11. Ketika menyapu kepala, ratakan seluruhnya (letakkan ibu jari samping kiri dan kanan kepala, lalu putarlah telapak tangan dari depan ke belakang, kemudian kembali ke depan (cukup sekali).
12. Basuhlah telinga dengan memasukkan telunjuk ke lubang telinga, ibu jari dibelakang telinga.
13. Bila selesai berwudhuk, hadapkan muka ke arah kiblat dan berdoalah dengan membaca doa selepas wuduk
14. Lakukan solat sunat wuduk dua rakaat.






Rukun wuduk

Rukun wuduk juga dinamakan fardu wuduk atau wajib wuduk. Rukun wuduk ada enam perkara:

1. Berniat semasa air sampai ke muka. Jangan jatuhkan niat sebelum air terkena kulit muka kerana ianya akan menjadikan wuduk itu tidak sah.
2. Basuh seluruh muka dari garisan anak rambut di dahi, hingga ke bawah dagu dan dari lebar telinga kanan hingga ke lebar telinga kiri. Pastikan tiada yang menghalang air dari mengenai kulit muka seperti minyak atau losyen muka. Muka yang bermekap mestilah dibersihkan dahulu.
3. Basuh kedua tangan melepasi paras siku dengan dimulai dengan tangan kanan dahulu.
4. Sapu kepala. Sunat menyapu seluruh kepala. Memadai menyapu di atas rambut sahaja. Rambut yang berminyak tetap sah wuduknya.
5. Basuh kedua kaki hingga ke atas buku lali dengan dimulai dengan kaki kanan dahulu.
6. Tertib. Berwuduk mestilah ikut urutan yang betul dengan dimulai dari membasuh muka dan diakhiri dengan membasuh kaki.



Tuesday, 6 December 2011

Cara berwuduk dengan sempurna

Diriwayatkan daripada Humran r.a katanya: Sayidina Othman bin Affan r.a telah meminta air untuk berwuduk, setelah memperolehi air beliau terus membasuh dua tangan sebanyak tiga kali, kemudian berkumur-kumur serta memasuk dan mengeluarkan air dari hidung. Kemudian beliau membasuh muka sebanyak tiga kali dan membasuh tangan kanannya hingga ke paras siku sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh tangan kirinya sama seperti beliau membasuh tangan kanan kemudian menyapu kepalanya dan membasuh kaki kanan hingga ke paras buku lali sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh kaki kiri, sama seperti membasuh kaki kanannya. Kemudian Sayidina Othman r.a berkata: Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w berwuduk seperti cara aku berwuduk. Aku juga telah mendengar baginda s.a.w bersabda: Sesiapa yang mengambil wuduk seperti cara aku berwuduk kemudian dia mendirikan sembahyang dua rakaat dan tidak berkata-kata antara wuduk dan sembahyang, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.



Hikmah Wuduk Mengikut Kesihatan



1. Mengenakan air pada anggota-anggota tertentu tubuh boleh mencegah kanser kulit kerana bahagian tubuh yang dibasuh dalam wuduk adalah yang paling biasa terdedah kepada pencemaran dalaman dan luaran. Wuduk berupaya menghilangkan pencemaran ini lima kali sehari dan memastikan lapisan kulit luar sentiasa bersih supaya sel-sel kulit dapat berfungsi dengan baik.
2. Berkumur lima kali sehari boleh membersihkan mulut daripada cebisan makanan yang dimakan. Ini mengelak daripada kerosakan gigi dan gusi. Selain itu ia juga dapat mengelak daripada bau mulut yang busuk.
3. Memasukkan air ke dalam hidung dan mengeluarkannya kembali dapat menghilangkan kotoran yang terperangkap pada bulu-bulu hidung. Bulu hidung berfungsi sebagai penapis udara disedut masuk ke dalam sistem pernafasan. Amalan ini mempunyai kesan positif kepada kebersihan hidung. Mereka mendapati orang yang sering berwuduk mempunyai hidung yang lebih bersih tanpa debu atau kotoran pada bulu hidung. Sedang mereka yang tidak berwuduk atau jarang-jarang solat, mempunyai hidung yang hitam, kotor dan bulu hidungnya mudah tercabut.
4. Membasuh muka berulang kali memelihara sel-sel muka dan mencegah berlakunya kedutan awal. Secara tidak langsung ia menjadi terapi anti penuaan yang berkesan. Selain itu, ia juga membantu membersihkan mata dan mencegah jangkitan kuman pada mata.
5. Membasuh tangan sangat membantu memelihara diri daripada jangkitan kuman. Ini kerana, tangan adalah anggota paling kerap memegang pelbagai barang yang sudah tentu tercemar dengan kuman yang tidak terlihat dengan mata kasar. Sedangkan tangan juga digunakan untuk memegang makanan, menggosok mata dan hidung serta menyusap muka dan anggota lain. Dengan kerap membasuhnya secara tidak langsung mengurangkan risiko jangkitan ini.
6. Amalan menyelati jari-jari ketika membasuh kaki juga sangat penting. Ini kerana kaki yang sering berada di dalam kasut yang tertutup boleh merosakkannya sebagaimana kerap terjadi pada atlet. Membongkokkan badan ketika menyelati kaki juga membantu menguatkan pinggang.
Oleh itu, kewajipan berwuduk sebelum beribadah membuktikan pembersihan roh dan jiwa perlu dimulakan dengan pembersihan fizikal luaran. Ini juga menggambarkan kesucian dan kemurnian hati seseorang itu dimanifestasikan melalui kebersihan jasmani yang mantap.

keistimewaan air wuduk



>Berwuduk merupakan syarat wajib untuk mendirikan solat yang disebut dengan mengambil wuduk atau dalam bahasa Melayu, mengambil air sembahyang.
>Tentu tidak sah jika kita mengerjakan solat lima waktu tetapi meninggalkan wuduk.


Apa keistimewaan air wuduk?
1. Air wuduk dapat menyejukkan hujung-hujung urat saraf pusat, jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.
Wuduk dengan air sejuk, juga membantu merangsang dan mengefektifkan sistem kerja saraf. Rangsangan tadi, akan memberi kesan positif pada prestasi saraf pusat yang berada di otak. Tidak hairanlah jika selepas wuduk kita selalu merasakan suasana segar, yang tak dirasakan sebelum wuduk.

2. Air wuduk dapat mengurangkan ketegangan jiwa, stress, mengurangkan rasa sedih, rasa khuatir dan rasa marah
Dengan keistimewaan inilah kenapa Rasulullah SAW selalu menganjurkan kita untuk segera berwuduk jika kita sedang marah dan beremosi.

3. Air wuduk dapat melancarkan aliran darah ke seluruh tubuh dengan baik
Ketika air mengalir pada anggota wuduk, maka secara automatik pembuluh darah bertindak-balas untuk bekerja lebih cepat mengalirkan darah ke seluruh tubuh sebagai untuk menormalkan suhu tubuh, kerana bertemu suhu panas dalam tubuh dengan air sejuk air wuduk. Semasa itu juga darah mengalir ke kawasan muka, kedua tangan dan tapak kaki dengan sangat lancar.

4. Air wuduk dapat menyedut darah-darah kotor dan membuangnya keluar tubuh melalui bulu-bulu halus yang tumbuh di sekitar kulit.
Ketika aliran darah mengalir ke seluruh tubuh, termasuk pada bahagian kulit, maka kelenjar peluh terus bekerja menyedut darah-darah kotor dan membuangnya keluar tubuh melalui bulu-bulu halus yang tumbuh di sekitar kulit. Walau tidak nampak pada pandangan mata, mungkin inilah rahsianya kenapa kita disunahkan membasuh tiga kali pada setiap anggota wuduk. Kelihatan kulit sekitar wajah dan lain anggota wuduk nampak cantik dan putih berseri sehingga penuaan boleh dihindarkan.

5. Air wuduk dapat menyegarkan berbagai organ yang ada di wajah dan menjadi cerah.
Berkumur juga akan menyegarkan. Membasuh wajah dan kedua tangan sampai siku, serta kedua kaki memberikan manfaat untuk menghilangkan debu-debu dan pelbagai bakteria, apalagi dengan membersihkan badan dari peluh dan kotoran lainnya yang keluar melalui kulit.

assalamualaikum wbt. dan ribuan terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya.